Zaid dan Zuhayr dah berusia 3 bulan.. Walaupun lahir tidak cukup bulan, tapi aku dan suami cuba berikan yang terbaik supaya mereka dapat 'catch-up' perkembangan tumbesaran sebagaimana bayi cukup bulan lain.
![]() |
| Zuhayr dan Zaid pada pagi 6 Mei 2012 |
Setakat ini perkembangan mereka:
- Berat Zaid 4.4kg, berat Zuhayr 5kg (!).
Mengangkat, meletak, dan mendukung anak seberat sekitar 5 kg LEBIH dari 4 kali dalam tempoh sejam amat memenatkan ok. Yelah, mula-mula uruskan si abang, lepas tu si adik pula. Angkat untuk menyusu, tukar lampin, untuk pujuk mereka tidur semula jika terjaga dan macam-macam lagi. Oh itu tak termasuk kalau mereka mula 'cranky' tak mahu tidur. Rasa seperti tulang belakang dan tulang pinggang ni terpulas2 dan terbelit2. Sakit dan penat ok.
- Baju semua dah mula sendat, Petpet newborn pun dah tak padan lagi hahaha.
Dulu masa mula-mula dibawa balik ke rumah, mereka hanya dapat dipakai baju je. Itu pun labuh sampai hampir ke buku lali. Sekarang dah boleh bergaya dengan seluar. Sukanya mommy :)
- Zaid dah mula meniarap
Sebenarnya sejak usia 2 bulan lagi dia menunjukkan kecenderungan untuk mengiring dan meniarap. Tapi masa tu kan tulang lehernya belum kuat lagi. Jadi kena awasi dia selalu. Semalam ketika saya ke dapur, dia meniarap seorang diri. Terperanjat saya dibuatnya sebab sikit lagi nak ke tepi katil. Sangat bahaya ok. Tapi masa tu saya tengok dia tersenyum dan tersengih2 seolah berpuas hati dengan pencapaiannya. Zaid.. Zaid..
![]() |
| Abahnya suka tiarapkan Zaid atas perut. Esoknya Zaid terus praktikkan dengan meniarap sendiri atas katil |
- Dua-dua dah boleh berdiri
- Mereka dah mula cranky!
Mereka dah mula ada sikap meragam tak mahu tidur. Kadang-kadang sampai 3 jam kita kena melayan
*bersambung
.jpg)
.jpg)