Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label tips belanjawan. Show all posts
Showing posts with label tips belanjawan. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Bra Menyusu

Semasa hamil, jika sudah rasa perlu menukar bra ke saiz yang baru, elok beli bra menyusu terus. Lebih jimat dan anda boleh pakai selama tempoh 2 tahun menyusu anak kelak.

Setakat ini saya memiliki dan menggemari bra menyusu jenama Fabulous Mom dan Autumz. Sangat selesa. Tak rugi pun beli awal-awal.

Gambar dari website Fabulousmom.com

Tips beli bra menyusu semasa hamil (diberi oleh tauke FM JB) :

Pemilihan saiz ukurlilit (bra band size)
Jangan beli bra berukurlilit semasa kerana takut selepas bersalin dan kembali ke ukurlilit sebelum mengandung, kita sudah tak boleh pakai lagi bra tu. Membazir saja. Jadi penyelesaiannya ialah beli 'bra extender' dua ke tiga keping untuk memanjangkan ukurlilit bra tersebut. Lepas kembali ke ukurlilit asal nanti, anda boleh kurangkan pemakaian bra extender itu atau tak perlu pakai terus. Sangat praktikal dan menjimatkan.


Pemilihan saiz cup
Yang ini kena besar sedikit supaya mudah kita nak tolak ke tepi ketika menyusu bayi. Kalau ngam-ngam melekat di badan, tak selesa pula nanti bila nak menyusu sebab susah nak sediakan ruang yang cukup untuk bayi 'latching'. Lagipun cepat rosak pula nanti getah bra tu.


Pemilihan jenis bra
Secara asasnya ada dua jenis, iaitu sleep bra (untuk malam) dan bra harian. Sleep bra bergetah lembut dan sesuai dibawa ke tidur. Bra harian pula ada yang jenis dawai dan tidak berdawai, full cup/half cup, heavy padded atau light padded. Yang ni kena cuba sendiri untuk tahu mana yang sesuai dan selesa dengan badan kita.


Oh ya jangan lupa beli bra pad secukupnya ye, untuk mengelakkan lelehan susu terkena bra dan baju. Boleh ditukar bra pad saja apabila rasa agak basah, tanpa perlu menukar bra atau baju berkali-kali. :)

 Sekian.

Wednesday, December 28, 2011

Membeli-belah Peringkat Kedua

Beberapa hari lepas saya dan suami ke kedai FabulousMom yang terletak tidak jauh dari Sutera Mall. Kami dapat berjimat hingga 30% untuk setiap barang ynag dibeli.

Inilah hasil pembelian buat masa ini:


Tab mandi ini sepatutnya dibeli bersama bath stand, tapi ketika itu hanya ada satu stok untuk pameran saja. Tauke kedai berjanji akan menghubungi kami sebaik saja masuk stok yang baru.


Travel mattress ini untuk kegunaan semasa berpantang di rumah mertua nanti. Insya Allah kami akan membeli katil bayi untuk diletakkan di dalam rumah kami kemudian.


Kelambu nyamuk bersaiz L ini agak besar rupanya selepas dipasang. Nampak tidak cantik dan memakan ruang pula tu. Ah tak apalah nanti saya akan alas dengan kain selimut fleece di bawah tilam ini untuk menutup 'ruang-ruang yang terlopong' itu. :)




Set kombo steamer dan steriliser jenama Jingle Jungle itu pula kami dapat pada harga yang sangat murah, iaitu hanya RM139.90 berbanding RM209.80 jika dibeli berasingan. Memang jimat memandangkan kedua-dua alat ini sangat penting untuk penyediaan susu dan makanan anak-anak kelak.

Set ini mempunyai waranti selama satu tahun, bermula dari hari kita hantar kad waranti kepada pihak pengeluar. Jadi jangan lupa poskan kad waranti tersebut selepas bersalin untuk mengaktifkan jaminan tersebut.

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan pembelian setakat ini, melainkan kelambu gergasi tersebut. Ia memang berguna sebenarnya cuma masalah saiz saja yang mengganggu pemandangan mata saya ini.

Servis di FM juga sangat baik. Suasana kedai juga sangat selesa dan punya beberapa buah sofa untuk pelanggan (terutamanya perempuan sarat hamil macam saya) duduk. Cuma yang tidak berapa seronok ialah kedai ini terletak di tingkat 1, tangganya pula sangatlah banyak. Memang semput dibuatnya. Nasib baik depan pintu sudah tersedia sofa yang selesa. Bolehlah melepas penat dahulu sebelum bangun dan merayau membeli barang. :)

Sunday, December 4, 2011

Lampin Kain untuk Anak-anak

Inilah hasil borongan lampin kain cap Lunatots di Mid Valley hari tu. Diskaun hingga 30%, sangat banyak penjimatan saya. :)

24 keping semuanya, dari jenis poket dan juga AIO. Ada yang berbutang, ada yang velcro (berpelekat).


Di bawah ini perancangan saya untuk anak2 kembar saya nanti:


Jadual Penggunaan CD untuk kembar baru lahir (2 bulan pertama)

MASA
TEMPOH (JAM)
JENIS CD
  8 – 10 pagi
2
V2
10 – 12 tghari
2
V2
12 – 2 ptg
2
V2
  2 – 4 ptg
2
V2
  4 – 6 ptg
2
V2
  6 – 8 mlm
2
V2
  8 – 10 mlm
2
V2
10 – 3 pagi
5
AIO
  3 – 8 pagi
5
AIO
Jumlah sehari
24 jam
9 x 2 bayi = 18 CD

Saya meminta pandangan dari Puan Hazarina mengenai jadual ini dan ini jawapan beliau:


Hmm satu hal yang merunsingkan saya sedikit ialah kemungkinan bayi2 saya ini berat kurang 3kg seorang. Jadi risau takut CD terlalu besar utk anak2 ini hingga susah pula saya nak pangku mereka untuk menyusu.

Pilihan yang saya ada ialah membeli lampin pakai buang yang khas untuk newborn below 3kg atau Grovia Newborn AIO.
Lampin ini boleh dipakai untuk bayi 2.7kg-5kg (kira2 hingga bayi berusia 3 bulan). Tapi berapa keping agaknya yang diperlukan untuk anak2 saya. Mari kita cuba buat pertimbangan berikut:

Kalau dispo, katakan dalam 1 bulan pertama*,  sehari perlukan 12 keping:
12 kpg * RM0.50 = RM6 sehari
30 hari * RM6 = RM180 sebulan
Untuk kembar: 180 * 2 orang = RM360

RM360/RM50 = 7 keping Grovia 

Masalahnya mana sempat nak rotate kalau hanya dengan 7 keping sahaja? Nampaknya kena topup dengan NB dispos juga. Jadi situasi ini agak mahal dan menyusahkan pula sebab tak sempat basuh/kering.



#UPDATE ON 13/12/2011

Saya fikir pilihan terbaik bagi saya ialah dengan RM360 ini boleh beli lagi 3 keping CD AI2 Lunatots + 3 extra bamboo insert + 1 pek NB dispos (untuk 3 hari pertama).


Maybe AI2 ini lebih 'tebal' pada kembar saya berbanding Grovia, tapi kalau saya dapat bersabar dengan 'ketebalan'nya selama 1 bulan, AI2 ini boleh terus dipakai sehingga kembar berusia 3 tahun. Jauh lebih jimat berbanding Grovia yang hanya boleh dipakai selama kira-kira 3 bulan sahaja.

Lagi satu saya dapati kelebihannya ialah kalau bahagian luarnya (shell) tidak kotor, kita hanya perlu tukarkan insert sahaja. Jadi jimat masa dari segi kerja pembasuhan/pengeringan. Sebab itu saya merancang beli 3 keping AI2 dan 3 keping insert ekstra sahaja, supaya ada lebih insert apabila perlu ditukar nanti. Boleh rujuk di s i n i untuk panduan lanjut.

Oh ya, diaper liner juga amat berguna untuk memaksimakan penggunaan CD. Setiap kali baby poo-poo, hanya buang dan salin liner sahaja, manakala CD masih boleh dipakai sehingga 3 jam. Panduan lanjut di s i n i ye.

Jadi dengan ketetapan untuk bersabar dengan ketebalan CD ini selama sebulan, saya akan selang-selikan CD AI2, AIO dan V2 untuk lebih nilai pada perbelanjaan saya. 

*harapan saya berat kembar akan melebihi 3kg pada usia 1 bulan

Bagitulah adanya selesai sudah hal lampin anak-anak. Sekian.

Tuesday, November 22, 2011

Mengimbangi Kos Perjalanan dan Kos Tujuan

Kalau nak difikirkan semula, perjalanan ke Maternity Fair tempohari adalah tidak berbaloi kerana tidak dapat menyertai seminar2 percuma yang ada.

Kita tengok kos-kos yang telah dibelanjakan untuk ke sana (anggaran):

Kos minyak = RM150
Kos hotel    = RM220
Kos makan = RM100
Kos tol       = RM 90

TOTAL = RM560

RM560 ni boleh beli macam2 di Fabulous Mom JB je.. Mungkin dapat beli dua unit car seat atau sebuah stroller atau katil bayi pada harga Year End Sale.

Lesson learned. :(