Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, November 22, 2011

Mengimbangi Kos Perjalanan dan Kos Tujuan

Kalau nak difikirkan semula, perjalanan ke Maternity Fair tempohari adalah tidak berbaloi kerana tidak dapat menyertai seminar2 percuma yang ada.

Kita tengok kos-kos yang telah dibelanjakan untuk ke sana (anggaran):

Kos minyak = RM150
Kos hotel    = RM220
Kos makan = RM100
Kos tol       = RM 90

TOTAL = RM560

RM560 ni boleh beli macam2 di Fabulous Mom JB je.. Mungkin dapat beli dua unit car seat atau sebuah stroller atau katil bayi pada harga Year End Sale.

Lesson learned. :(


Aku dan Babyplus

Aku bukanlah mengimpikan anak yang genius atau terlebih pandai. Apa yang lebih penting bagi ku anak-anak ini sihat, sempurna sifat dan mudah dijaga. Mudah tidur, mudah makan dan mendengar arahan dengan baik.

Aku sendiri membesar sebagai seorang yang sangat 'slow'. Aku lambat menangkap arahan atau cerita yang panjang atau cepat. Kalau semasa di universiti dulu, kawan2 selalu mengusik ku sebagai seorang yang lambat 'register'. Dalam istilah perkomputeran ia bermaksud, lambat menerima dan memproses data. :)

Aku melalui tempoh pembesaran yang sukar kerana kelemahan ini. Seringkali tersilap dalam melaksanakan tugasan malah terpaksa melakukan sesuatu berulang2 kali kerana begitu susah untuk faham. Mujur Allah kurniakan aku kerajinan yang lebih, jadi ia ttelah mengimbangkan kelemahan ku tadi. Aku boleh dikatakan tergolong antara pelajar yang pandai. Walaupun sebenarnya aku hanya 'rajin' mengulang2 benda hingga faham. Bayangkan usaha yang perlu ku lakukan untuk menyaingi pelajar2 'cepat tangkap' semasa kecil ku dulu.

Dan semasa meningkat remaja aku mula kerap mendapat 'panick attack'. Kerap 'blank' ketika waktu genting dan tangan menggigil2 ketika di dewan peperiksaan. Itu belum kira stagefright dan social-conscious. Ah tak mahu aku ingat lebih dari ini.

Setelah mengandung aku bertekad untuk berikhtiar agar anak2 ku tidak mewarisi kelemahan ku. Selain berdoa lama selepas solat, mengaji dan menjaga emosi, aku bertekad untuk menggunakan kemudahan teknologi yang terbukti berkesan. Apa salahnya berikhtiar, selagi ia masih dalam kawalan kita, aku mahu mencuba. Hasilnya nanti adalah ketentuan dari Allah. Aku hanya boleh mencari jalan.

Jadi aku telah membeli dan memakai alat ini sejak 17 hari lalu. Pada minggu pertama, aku rasa agak loya dan pening ketika memakainya. Ini kerana kembar bergerak lebih aktif dari biasa dan membuatkan aku rasa hendak muntah saja. Tapi lama-kelamaan aku sudah membiasakan diri dan berjaya melunaskan 'pelajaran' untuk anak2 ku dua kali setiap hari.

Oh ada sekali aku tertinggal satu sesi, pada hari raya haji lalu kerana lupa. Jadi aku ada bertanya di Facebook BabyPlus USA.


Anda juga boleh melihat banyak maklumat dan testimoni di laman FB BabyplusUSA ini.

Sekarang sudah masuk Lesson ke-3, kembar memang aktif. Harap2 usaha ini diberkati Allah dan bakal mendapat hasil yang baik kelak. Amin..

Lagi 4 bulan untuk melihat hasilnya.. Sama2 lah kita lihat nanti..

Nota: Alat ini boleh dibeli di sini. Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga yang lebiih murah. ;)

Monday, November 21, 2011

Belajar dari kesilapan


Kami memang telah merancang hendak ke Maternity Fair di Mid Valley untuk menghadiri semua seminar percuma berkenaan keibubapaan, penjagaan bayi dan penjagaan post-natal (confinement). Kami tak punya plan khusus untuk membeli-belah kerana aku selaku first-timer masih perlukan lebih ilmu sebelum 'indulge' into baby shopping spree. Dikhuatiri aku terlalu terikut-ikut dengan trend atau membeli sesuatu yg sbrnrnya tidak praktikal dan membazir sahaja.

Jadi 'shopping list' memang tak ada. Niat asal adalah untuk hadiri seminar percuma, kutip free goodies dan melihat demo cara menggunakan barang2 seperti stroller, breastpump dan sebagainyalah.

Ini adalah rancangan asal kami:
- JUMAAT: petang bertolak ke KL, dan tiba pada waktu malam
- SABTU: tengahari bertolak dari hotel untuk ke Mid Valley, dengan kereta juga
- menghadiri seminar bermula 2.30ptg - 7.30mlm (ada break in between)
- melihat pameran dan membeli brg yg dirasakan sangat tinggi diskaunnya.
- AHAD: pergi ke rumah kakak atau abgku di KL sebelum bertolak balik ke JB pada selewat-lewatnya 3-00ptg

Tapi ia tidak terjadi seperti yang dirancangkan. Pada hari Jumaat suamiku penat dan mahu berehat dahulu di rumah setelah banyak bekerja malam dalam minggu itu. Jadi aku akur. Masa tu aku dah mula rasa ragu2 nak teruskan plan ke Mid Valley atau tidak. Kerana aku dapat rasakan, jika kami bertolak pada pagi Sabtu, kami tentu akan penat untuk menghadiri seminar2 yang ada. Tekanan juga mungkin tinggi kerana kami cuba mengejar masa dalam satu hari tanpa rehat yang mencukupi.

Namun aku cuba bersikap positif, suami juga berkata jika tidak sempat untuk ke seminar, maka kami akan ke pameran sahaja.

Jadi pada Jumaat itu aku biarkan suami berehat. Kami makan bersama di rumah, solat berjemaah dan pergi ke pasar malam bersama2. Memang seronok memandangkan suami agak sibuk orangnya untuk berlibur begitu.

Esoknya (Sabtu), kami keluar dari rumah tepat pada 7.00pagi. Hari masih pagi dan perjalanan ditempuhi dengan tenang dan gembira. GPS juga membantu perjalanan kami setelah memasuki KL. Kami berjaya tiba di hotel di Brickfields menjelang 11pagi.

Kami berehat dahulu dan merancang keluar ke Mid Valley pada 12tghari.

Namun hanya pada pukul 2.00pm kami keluar. Sebabnya kami terlajak tidur. Suami ada mencadangkan agar naik teksi sahaja. Tapi aku pula risau jika susah ambil teksi pada waktu tengahari begini. Jadi dia beralah.

Keluar sahaja, rupanya kereta suamiku sudah disaman. Dia hanya membayar parking setakat 12tghari sahaja rupanya. Jadi kenalah kami.

Kemudian satu demi satu perkara tidak enak berlaku. GPS kali ini sangat mengelirukan kami. Malah kami berpusing-pusing di jalan sama sebanyak 3 kali. Suami sudah mula tertekan. Dan kesal kerana kami tidak mengambil public transport sahaja. Aku agak tertekan juga dan merasa bersalah meletakkan suami dalam keadaan begitu.

Setelah hampir 20 minit dalam keadaan genting itu, barulah kami jumpa jalan ke Mid Valley. Malangnya hendak ke zon parking pula jalan sangat sesak. Cuaca pula sangat panas dan keadaan yang stress membuatkan aircond langsung tidak terasa. Enjin kereta suami juga kerap mati. Muka suami sudah merah padam.

Kami khuatir jika menunggu lebih lama dalam kesesakan itu, kereta akan mati terus di tengah jalan. Drpd menanggung risiko yang lebih banyak, kami keluar dari jalan itu dan berpatah balik ke hotel.

Sampai di hotel, aku naik ke bilik untuk ke tandas. Sementara suami ku 'mengambil angin' dan makan di warung berdekatan. Ketika turun mendapatkan suami di warung di situ, aku rasa lega kerana angin suami sudah mula baik dan dia tidak lagi bercakap tentang hal tidak enak tadi. 

Setelah berbincang, kami bercadang keluar semula pada petangnya, dengan menaiki komuter sahaja. Aku sebenarnya sedikit gusar, kerana perjalanan menggunakan public transport memang memaksa kami berjalan dengan agak banyak. Tapi sekali lagi aku cuba positif, mungkin ia tidak seteruk yang disangka.

Jadi pada 6 ptg, kami keluar dari hotel dan berjalan kaki ke KL Sentral. Hanya 10 minit sahaja dari hotel. Suami juga positif dengan mengatakan petang2 begini memang elok bersenam. Dia memang berusaha menceriakan diriku yang risau ini.

Seterusnya lawatan kami ke situ sangat berjalan lancar. Seminar semua telah habis jadi kami berjalan2 sahaja di sekitar pameran. Aku ada dapat sedikit pengetahuan mengenai breast pump dan cloth diapers. Kami telah membeli 14 keping CD lunatots kerana diskaun yang diberikan sekitar 30% pada hari tu. Aku akan ceritakan lagi mengenai ini di catatan yang lain.

Aku juga sempat berjumpa kakakku dan keluarganya di Mid Valley. Dan mereka bermurah hati menghantar kami pulang ke hotel. Sekurang2nya kami tak perlu berjalan banyak lagi selepas ini. 

Di hotel kami berbincang mengenai cloth diapers. Kami fikir 14 keping itu hanya cukup untuk seorang anak sahaja. Memandangkan kami bakal menyambut kembar, maka kami sependapat kami perlu membeli 10 keping lagi untuk kegunaan kedua-dua anak kami nanti. 

Suami juga menggalakkan aku berkongsi pengalaman dan pengetahuanku di blog. Katanya ia boleh dibaca oleh orang lain yang inginkan panduan. Malah ia juga boleh dibaca anak2 pula suatu hari nanti. Aku fikir juga, ya Insya Allah aku cuba.

Kami merancang keluar seawal 9 pagi esok untuk membeli 10 keping lagi CD dan juga untuk mendapatkan free goodies (sebab free goodies memang cepat habis, pagi2 orang dah berebut nak barang percuma).


**HARI AHAD**

Oleh kerana kekangan diriku yang masih penat dan sakit badan, kami terpaksa tangguhkan perjalanan. Suami juga menyuruhku berehat lagi dan dia pun menonton TV sahaja.

Menjelang 11 pagi baru kami keluar. Kami dapat membeli CD dengan harga lebih murah hari ini. Dapat jimat lagi RM50. Oh kalaulah kami beli semua 24 keping CD hari ini (dan bukannya semalam), tentu kami dapat jimat hampir RM150 lagi. 

Tak apalah rezeki setakat ini sahaja. Syukur sajalah. Lagipun semalam pun bukannya tak dapat diskaun langsung.

Setelah 2 jam, suami sudah mula nampak kepenatan. Dia memang jarang berjalan banyak kerana kerjanya hanya di dalam bilik berhawa dingin sahaja. Jadi apabila terlalu banyak bergerak dan berpeluh, mmg nampak sgt dia keletihan. Barang2 pun dia yang bawa, so kepenatan yang berganda.

Dalam perjalanan balik ke stesen komuter, dia sudah tidak banyak bercakap. Aku rasa gusar dan ikut diam juga. Setelah sampai di hotel, dia mahu terus memulakan perjalanan balik ke JB. Aku ikut sahaja rentaknya. Sikapnya memang begitu, apabila penat, dia memang hendak cepat sampai dan balik tidur di rumah.

Jadi berlakulah episod genting buat kali kedua. Dia mengadu sakit kaki dan mengantuk. Aku nasihatkan berehat dulu dan tidur di R&R. Tapi dia berkeras hendak cepat sampai ke JB dan hanya mahu berhenti di Pagoh sahaja. Kami tak banyak bercakap, aku khuatir jika tersilap cakap, akan memburukkan keadaan lagi. Tambahan pula emosi aku semasa mengandung ini mudah benar terasa.

Alhamdullillah akhirnya menjelang 10 malam kami selamat tiba di rumah kami. Seperti biasanya, setelah suami dapat duduk dan berehat depan TV, anginnya kembali baik. Dia memang cepat sejuk. Cuma aku rasa sedikit ralat dan kasihan melihatnya.



PENGAJARAN

  • perlu ke KL sehari sebelum program yang hendak dihadiri agar badan cukup rehat dan cergas
  • apabila badan cukup rehat, tentu mampu keluar awal pagi dan dapat mengelakkan kesesakan dan cuaca terik tengahari
  • kenderaan awam tidak sesuai untuk kami buat masa ini. Jadi supaya perjalanan berkereta berjalan lebih lancar, kena keluar awal pagi
  • mungkin lain kali boleh dirancangkan dengan meminta bantuan kakak atau abangku untuk guide kami ke tempat yang kami tidak biasa di KL. Lebih menjimatkan masa dan dapat merapatkan silaturrahim juga.
  • tulis perancangan dengan jelas dan kemas. Stick to that plan, sebab ia telah pun dikaji dan dibincangkan baik buruknya sebelum ini.
  • sentiasa membayar parking lebih dari jangkaan masa. Ia lebih baik daripada terpaksa menanggung saman!
  • oh aku harap suami mendengar nasihatku supaya berhenti rehat ketika terlalu penat!

Thursday, November 17, 2011

Antenatal visit: Minggu ke-21

Alhamdulillah kembar kami membesar dengan sihat di dalam kandunganku. Salah seorang kembar telah disahkan lelaki, manakala seorang lagi belum dapat dipastikan. Oh kalau dapat sepasang kembar lelaki dan perempuan seronok juga. Kalau kedua2nya lelaki pun kami tidak kisah. Boleh lah diorang berkongsi baju sahaja setelah besar sedikit nanti. Ada kelebihan dari segi kos di situ. Tak kisahlah, janji kedua2nya sihat walafiat.

Antara perkara2 yang boleh ditanya setiap kali lawatan antenatal ialah:
- berapa minggu usia kehamilan
- berapa berat bayi, adakah membesar dengan normal dan sihat

Gynae akan bertanya keadaan terkini anda. Maka seeloknya sediakan catatan tentang sebarang masalah yang anda hadapi dan soalan yang ingin anda tanyakan. Ini adalah masa terbaik untuk merungkai kerisauan anda.

Sekian. [Mode: blur]

Monday, November 14, 2011

Innity dan Papan-papan Iklan Ku

Selepas 10 hari bereksperimen dengan standard ads, aku dapati papan iklan berbentuk segi 4 dan skyscrapper lebih memeberikan pendapatan berbanding papan iklan dekat footer.

Kalau tgk pada impression, banyak sebenarnya, iaitu 10.6K selama 10 hari. Tapi anehnya income sekadar 7sen je sepanjang 10 hari tu. Pelik ajaib betul.

Jadi aku mengambil keputusan untuk 'up' kan papan iklan tu ke bahagian bawah artikel. Pada pandangan aku, posisi ni lebih baik sebab kebarangkalian pelawat melihat dan meng'klik' papan tu lebih tinggi. Lebih-lebih lagi kalau diorang nak tinggalkan komen di hujung artikel. Hendak tak hendak mereka pasti lihat papan ni menggoda2 mereka. Harap2 mereka tergoda lalu meng'klik' papan duit aku tu.

Ok kita tengok lagi beberapa hari adakah earning untuk papan iklan bahagian bawah blog ni meningkat atau tak, ye..


#UPDATE ON 24/11/11

Aku dapati tidak banyak bezanya. Hanya 15sen dalam masa 10 hari. Aku nak cuba tukar ad ini ke leaderboard di homepage pula dan test selama 10 hari juga.


#UPDATE ON 06/12/11

Pendapatan antara 1 - 6 Desember ialah 29sen. Agak bagus sedikit, ditambah pula dengan usaha menarik trafik blog yang gigih. Jadi aku kira aku akan kekalkan papan bersaiz leaderboard ini di bhgn atas di homepage. No more change keh. Sekian.

Wednesday, November 9, 2011

Berjaya pasang Innity In-Text Ads

Kali pertama aku insert coding in-text ni, blog aku hilang disebabkan 'parse error'. Mujur pihak ServerFreak telah membantu dengan 'reboot' blog aku. Kalau tak, mmmg habislah semua isi perut blog tu hilang gitu aje..

Hari ini, lepas hari buat research, akhirnya berjaya juga pasang dgn panduan daripada sini. Itu pun bukannya boleh bulat2 pasang gitu aje. Sebab theme editor yg aku pakai ni tk sama dgn theme blogger tu.

so kena search setiap file tu untuk cari code yg ditentukan. Selepas siap pasang, dan tiada apa-apa 'error' yang keluar, aku pun refresh lah website nak tengok ada ker tak in-text ads ni keluar.

TAKDE PUN!

#UPDATE on 13/11/11
Impression untuk in-text ni masih tiada. Silap pasang kah?

Monday, November 7, 2011

Pengurusan Masa Suri Rumah Terhormat

Secara asasnya hidup aku seharian terbahagi kepada dua segmen berbeza. Kiranya dalam segmen A, aku takkan buat kerja-kerja segmen B dan begitulah sebaliknya.

Segmen A - Siang hari (Mentally Active): 

Siang hari aku memang takde mood nak buat keje2 berat. Aku lebih selesa buat keje2 yg memerah otak di meja komputer ku. Makan pun kadang2 lupa dan malas. Tapi sekarang ni kena rajin makan sebab nak kasi anak2 dalam perut ni cukup zat dan dapat membesar bagaikan johan. Selalunya aku panaskan aje apa yang dah dimasak pada malam hari. Paling tidak pun kunyah roti whole meal dan makan buah.

Ini antara kerja-kerjaku di waktu siang:
- mengedit artikel dan menerbitkan di blog
- membuat analisa pengiklanan
- menguruskan pembayaran bil dan pinjaman
- membuat analisa kewangan rumahtangga etc

Segmen B - Malam (Physically Active):

Secara fizikalnya, aku lebih aktif pada waktu malam. Antaranya (without particular order):
- Jadi tukang masak
- tukang dobi
- cleaner
- pengurus kawasan jajahan agar tersusun dan tak lintang pukang
- menapis flyer2 serta surat-surat yg sampai ke rumah.

Nantilah bila ada masa nanti aku upload jadual aku ye.

Innity dah approve.. Sangat best setakat ini..

Aku ada apply Innity untuk blog kendalianku. Sebelum ini ada pasang ManggaAds, tapi entah mana silapnya, sejak Jun lepas langsung tak masuk satu sen pun. Selepas lebih 5 bulan macam tu, aku mengambil keputusan untuk menggantikan dengan agen pengiklan lain.

Mula-mulanya aku nak cuba Nuffnang. Jadi aku melakukan kajian dengan gigih di Internet tentang Nuffnang ni. Tapi semasa duk skodeng2 tu, terjumpa pulak tentang Innity. 

Oh kononnya menurut blogger2 yang top di Malaysia ni, Innity punya income generation lebih best berbanding Nuffnang. Dan disebabkan terlalu best, jadi syarat untuk masuk jadi pengiklan juga sangatlah tinggi, Antaranya, pageviews kena lebih dari 100k sebulan dan unique visitors must at least 20k/month. Dan kena update blog daily.

Bila aku check kat statistik blog, memang tak ada masalah langsung. Jadi aku apply lah dengan diorang ni. Should be within 5 working days they will reply the status of application.

Tapi lepas 6 hari bekerja pun tk nampak pun responnya. Jadi kenalah follow up, ye dok?


Selepas dua hari, diorg balas dan minta monthly traffic report. Aku kasi dengan Daily Report sekali. Proaktif la katakan. ;)

Lepas 2 hari, ini lah balasan yang aku dapat:

Syukurlah langkah pertama dah selesai. Langkah seterusnya adalah menampal iklan2 ni di blog berkenaan.
 *bersambung


Surirumah Menulis

Assalamualaikum..
Ini adalah blog untuk saya merekod kegiatan saya sebagai suri rumah terhormat