Mula-mulanya aku nak cuba Nuffnang. Jadi aku melakukan kajian dengan gigih di Internet tentang Nuffnang ni. Tapi semasa duk skodeng2 tu, terjumpa pulak tentang Innity.
Oh kononnya menurut blogger2 yang top di Malaysia ni, Innity punya income generation lebih best berbanding Nuffnang. Dan disebabkan terlalu best, jadi syarat untuk masuk jadi pengiklan juga sangatlah tinggi, Antaranya, pageviews kena lebih dari 100k sebulan dan unique visitors must at least 20k/month. Dan kena update blog daily.
Bila aku check kat statistik blog, memang tak ada masalah langsung. Jadi aku apply lah dengan diorang ni. Should be within 5 working days they will reply the status of application.
Tapi lepas 6 hari bekerja pun tk nampak pun responnya. Jadi kenalah follow up, ye dok?
Selepas dua hari, diorg balas dan minta monthly traffic report. Aku kasi dengan Daily Report sekali. Proaktif la katakan. ;)
Lepas 2 hari, ini lah balasan yang aku dapat:
Syukurlah langkah pertama dah selesai. Langkah seterusnya adalah menampal iklan2 ni di blog berkenaan.
*bersambung


No comments:
Post a Comment