Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, February 14, 2012

Hari ke-11

Status saya di Facebook pada 15 Februari. 


"Both looking better, si abang dah dikeluarkan dari inkubator dan diazankan si ayah. Ibu dapat pegang, peluk cium dan menyusukan si adik. Si abang belum boleh menyusu, mungkin beberapa hari lagi boleh. Dia suka tersenyum apabila dipanggil. Wpun tak seiras, ibu masih 'fail' mengecam mereka, kena check pada kad laporan selalu yg mana abg, yg mana adik :)"


Zaid dah diletakkan bersama Zuhayr di bilik biasa. Zaid berselubung sbb sejuk. Saya beri salam dan panggil namanya. Dia buka mata, cuba melihat saya dan tersenyum.

"Dia senyum macam bapaknya lah" saya memberitahu suami yg sedang tersengih.

Senyuman yg menyejukkan hati saya..

Saya gosok2 badannya yang berbedung dan bercakap2 dgnnya. Dia tak henti2 tersenyum.

Ibu sayang Zaid.. Moga tak lama lagi ibu dpt susukan kamu ya..

Kemudian saya menjenguk Zuhayr yang terletak selang sebuah babycot dari abgnya.

Kepala Zuhayr bercukur sebelah kiri sbb tempohari nurse beritahu ia untuk membolehkan ubat dimasukkan di bhgn itu (tak jumpa salur darah di tangannya yg kecil itu). Hidung Zuhayr juga masih berparut kesan tiub oksigen sebelum ini.

Saya percaya Zuhayr pun akan baik2 saja lepas ini.. 

"Puan nak menyusukan baby tak?"

Saya tergamam. Macam tak percaya dan gementar pun ada.

"Baby yang ni dah boleh menghisap. Nak cuba tak? Saya ajarkan" Ujar nurse berkenaan, ramah. Saya memandang suami. Suami beri anggukkan sebagai galakan.

"Emm boleh juga. Tapi saya berpeluh-peluh tadi. Takut tak hygenic pula."

"Nanti saya ambil napkin untuk Puan lap badan"

Saya mengikut nurse tersebut ke Bilik Penyusuan Ibu di depan pintu masuk wad berkenaan. Setelah mengelap badan, nurse meletakkan Zuhayr ke atas lengan saya.

Oh, sangat gementar dan takut ok!

Saya tidak pernah memegang anak sekecil ini sebelum ini. Sangat gusar jika saya gagal memegangnya dengan baik.

Zuhayr masih tidur ketika itu. Saya berusaha mengikut tunjuk ajar nurse untuk memegang dan menyusukan Zuhayr dengan betul.

Setelah beberapa kali mencuba dan memicit2 pipinya agar dia bangun dari tidur, akhirnya dia menyusu juga. Memang dia dah boleh menghisap, tapi selepas beberapa ketika dia kelihatan kepenatan dan tercungap2. 

Selepas dia melepaskan lelah, dia menyusu lagi. Kadangkala dia boleh tertidur pula. Saya memanggil2 namanya dan memicit pipinya. Begitulah berterusan hampir 20 minit.

Nurse sudah berlalu sejak tadi. Saya agak panik sekejap kerana tidak pasti bagaimana nak mengangkatnya untuk 'burp'.

Nasib baik di depan saya ada seorang ibu lain yang sedang menyusu bayinya juga. Saya perhatikan dengan teliti bagaiimana dia mengangkat anaknya perlahan2 supay menegak dengan meletakkan bayi secara menegak ke dadanya.

Oh, macam tu!

Saya pun cuba. Mulut tak putus2 selawat. Gementar ok!

Akhirnya berjaya juga 'bangun'kan Zuhayr. Saya sandarkan badannya atas dada dan menggosok belakangnya dengan perlahan. 

"Burp!" Tiba2 saya dengar dia sendawa. Matanya pun terbuka luas. Dia sendiri pun terkejut agaknya. Sangat comel anak ini. :)

Tapi kemudian dia tersedu pula. Saya panik melihat dia masih 'terkejut2' begitu. Mukanya merah.

Saya keluar dari bilik tersebut dan mencari nurse yang terdekat.

"Baby saya tak apa2 ker? Maaf ini pertama kali saya menyusu" Nurse tersebut melihat Zuhayr.

"Takde apa2 puan. Dia tersedu saja. Gosoklah lama2 skit. Nanti oklah tu", 

Walaupun begitu saya masih cemas. Saya menelefon suami yang menunggu di luar wad supaya masuk.

"Takde apapelah. Dia sedu je." Suami memberikan kepastian.

Saya akur dan membawa Zuhayr kembali ke katilnya. Tak lama kemudian sedunya hilang dan dia kembali lelap.

Selepas puas menjenguk anak-anak, saya dan suami ke Jusco untuk mencari sedikit barang. Saya ingatkan saya ok saja untuk berjalan-jalan, tapi malangnya saya rasa sakit di perut yang amat sangat. Mungkin kerana saya tidak makan painkiller hari ini.


Bila sampai ke rumah, saya dapati di bahagian kanan bekas jahitan pembedahan itu, keluar sedikit darah.


Sangat sakit.

No comments:

Post a Comment