both dah tk pakai oksigen
Hari ke-9: Nampaknya ada perkembangan baik, mereka sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. Lebam2 kebiruan di bbrp tempat dah beransur hilang. Badan sudah nampak sedikit berisi. Keadaan si adik lebih baik manakala si abg masih dlm inkubator. Dapatlah suami azankan si adik. Alhamdulillah kedua2 nya sudah dpt menerima sedikit demi sedikit susu yg dikirimkan. Ibu rasa sangat lega.. Get better soon my babies.
lepas tu ke giant. tak sangka hari ke-9 dah berjalan2 di luar (selain ke hospital dan rumah). saya hanya berjalan perlahan2 sambil memegang tempat jahitan di perut.
Sebelum ini mmg dh plan nak ke Jusco Baby Fair hujung bulan ni ketika usia kandungan 8 bulan. Lepas terpaksa dibedah secara kecemasan, saya mula risau kerana brg2 baby masih byk yang belum dibeli. Saya fikir saya mungkin tk dpt keluar berjalan2 untuk membelibelah hinggalah tamat tempoh pantang 17 Mac nanti.
Tapi nampaknya saya mampu bergerak dgn ditemani suami. Jadi bolehlah hujung bulan ni minta suami bawa saya ke Jusco Baby Fair. Masa tu saya pun lom habis pantang lagi. :)
No comments:
Post a Comment