Masih rasa seperti tidak percaya yang mereka telah pun ada di depan mata saya. Sebelum ini saya hanya merasa kehadiran mereka bergerak-gerak di dalam perut saya. Masih tidak lupa kehidupan saya semasa mengandungkan mereka yang agak mencabar dan menduga fizikal dan mental. :)
Sangat senang hati melihat badan mereka mula berisi dan pipi sudah boleh dicubit. Dahulu mereka sangat kecil, kulit berkedut-kedut kerana tiada lemak dan sangat ringan sekitar 1 kilo lebih saja.
![]() |
| Zaid (hari ke-7) |
![]() |
| Zuhayr (hari ke-7) |
![]() |
| Zaid dan Zuhayr sekarang |
Apapun terlalu awal sebenarnya untuk mengagak sikap mereka ketika dewasa. Mungkin saja bila besar nanti Zaid yang lebih tegas dan selalu melindungi Zuhayr. Wallahu'alam.
Persamaan semulajadi mengenai mereka ialah mereka tidur dan terjaga serentak. Lapar juga serentak. Cuba bayangkan betapa stress dan kelam kabutnya saya apabila mereka mula terjaga dan beri sucking cues secara serentak. Selalunya Zuhayr yang akan bunyikan 'siren'nya dahulu. Zaid pula terkebil-kebil melihat adiknya meraung. Agak jarang mereka berpakat untuk meraung bersama, nasib baik.
Ketika lapar kedua-duanya akan bergerak aktif: tangan dihayun-hayun dan kaki menendang-nendang ke udara sambil mulut bergerak-gerak mencari puting. Si Zaid hari ni mencari puting sampai hampir tertiarap kerana sudah tidak tahan lapar. Kalaulah saya sempat rakamkan kejadian pagi tadi, tentu anda akan terkejut melihatnya :)
Kadang-kadang apabila kedua-duanya lapar, saya hanya memekakkan telinga dan termenung. Termenung kerana tidak tahu nak susukan yang mana satu dahulu. Bila ambil Zuhayr, rasa kasihan pada Zaid. Bila ambil Zaid, rasa tak sampai hati pada Zuhayr pula. Adoi..
Nanti saya akan ceritakan bagaimana saya menghadapi situasi ini. Agak stress ok. Badan juga agak letih dan tak terjaga. Harap-harap mereka cepat besar dan sihat sahaja kerana saya sudah berhempas pulas cuba menunaikan tanggungjawab saya untuk menyusukan mereka..



Saya pernah mengalami situasi sebegini..utk jalan terbaik, saya pam susu dan bagi dlm botol..nurse pernah ajar utk menyusukan kedua-dua bby serentak, tp saya x dpt mampu..so kena pastikan stok ebm mencukupi..tp susah nak simpan stok banyak2 sebab yang menyusunya 2 orang..memang x banyak stok..moga nur tabah lalui situasi mcm ni..kejap je, nanti diorg dah besar Insyaallah senang nak jaga..si kembar saya sekarang dah masuk 8 bulan, so diorg dah pandai buat 'kerja' sendiri..senang sikit ummi dia..heheh
ReplyDelete