Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, December 28, 2011

Membeli-belah Peringkat Kedua

Beberapa hari lepas saya dan suami ke kedai FabulousMom yang terletak tidak jauh dari Sutera Mall. Kami dapat berjimat hingga 30% untuk setiap barang ynag dibeli.

Inilah hasil pembelian buat masa ini:


Tab mandi ini sepatutnya dibeli bersama bath stand, tapi ketika itu hanya ada satu stok untuk pameran saja. Tauke kedai berjanji akan menghubungi kami sebaik saja masuk stok yang baru.


Travel mattress ini untuk kegunaan semasa berpantang di rumah mertua nanti. Insya Allah kami akan membeli katil bayi untuk diletakkan di dalam rumah kami kemudian.


Kelambu nyamuk bersaiz L ini agak besar rupanya selepas dipasang. Nampak tidak cantik dan memakan ruang pula tu. Ah tak apalah nanti saya akan alas dengan kain selimut fleece di bawah tilam ini untuk menutup 'ruang-ruang yang terlopong' itu. :)




Set kombo steamer dan steriliser jenama Jingle Jungle itu pula kami dapat pada harga yang sangat murah, iaitu hanya RM139.90 berbanding RM209.80 jika dibeli berasingan. Memang jimat memandangkan kedua-dua alat ini sangat penting untuk penyediaan susu dan makanan anak-anak kelak.

Set ini mempunyai waranti selama satu tahun, bermula dari hari kita hantar kad waranti kepada pihak pengeluar. Jadi jangan lupa poskan kad waranti tersebut selepas bersalin untuk mengaktifkan jaminan tersebut.

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan pembelian setakat ini, melainkan kelambu gergasi tersebut. Ia memang berguna sebenarnya cuma masalah saiz saja yang mengganggu pemandangan mata saya ini.

Servis di FM juga sangat baik. Suasana kedai juga sangat selesa dan punya beberapa buah sofa untuk pelanggan (terutamanya perempuan sarat hamil macam saya) duduk. Cuma yang tidak berapa seronok ialah kedai ini terletak di tingkat 1, tangganya pula sangatlah banyak. Memang semput dibuatnya. Nasib baik depan pintu sudah tersedia sofa yang selesa. Bolehlah melepas penat dahulu sebelum bangun dan merayau membeli barang. :)

No comments:

Post a Comment