Setakat ini saya memiliki dan menggemari bra menyusu jenama Fabulous Mom dan Autumz. Sangat selesa. Tak rugi pun beli awal-awal.
Gambar dari website Fabulousmom.com
Tips beli bra menyusu semasa hamil (diberi oleh tauke FM JB) :
Pemilihan saiz ukurlilit (bra band size)
Jangan beli bra berukurlilit semasa kerana takut selepas bersalin dan kembali ke ukurlilit sebelum mengandung, kita sudah tak boleh pakai lagi bra tu. Membazir saja. Jadi penyelesaiannya ialah beli 'bra extender' dua ke tiga keping untuk memanjangkan ukurlilit bra tersebut. Lepas kembali ke ukurlilit asal nanti, anda boleh kurangkan pemakaian bra extender itu atau tak perlu pakai terus. Sangat praktikal dan menjimatkan.
Pemilihan saiz cup
Yang ini kena besar sedikit supaya mudah kita nak tolak ke tepi ketika menyusu bayi. Kalau ngam-ngam melekat di badan, tak selesa pula nanti bila nak menyusu sebab susah nak sediakan ruang yang cukup untuk bayi 'latching'. Lagipun cepat rosak pula nanti getah bra tu.
Pemilihan jenis bra
Secara asasnya ada dua jenis, iaitu sleep bra (untuk malam) dan bra harian. Sleep bra bergetah lembut dan sesuai dibawa ke tidur. Bra harian pula ada yang jenis dawai dan tidak berdawai, full cup/half cup, heavy padded atau light padded. Yang ni kena cuba sendiri untuk tahu mana yang sesuai dan selesa dengan badan kita.
Oh ya jangan lupa beli bra pad secukupnya ye, untuk mengelakkan lelehan susu terkena bra dan baju. Boleh ditukar bra pad saja apabila rasa agak basah, tanpa perlu menukar bra atau baju berkali-kali. :)
Sekian.


No comments:
Post a Comment