#Ogos 2016
Blog lama ini dihidupkan kembali untuk mencatat pelbagai peristiwa yang boleh membantu ku berhijrah dari negatif kepada positif.
Dari seorang suri rumah, kepada ibu 2 orang kembar lelaki, kepada wanita berniaga. Jatuh bangun akan dikenang sampai bila2.
It has been long struggle. Hope this will work well. Amin.
Selepas selesai urusan di JSH (Antenatal Visit Minggu ke-30), kami ke Fabulous Mom untuk membeli sedikit barang. Tapi sebelum itu singgah ke Tutti Frutti yang bersebelahan sahaja. Sedap tapi mahal jugalah, satu mug besar RM20++. Nasib baik healthy dan sedap. So worth it.
(Maaf, gambar tiada sebab belum dipindahkan dari hp suami. :( )
By the way, inilah barang-barang yang dibeli pada hari itu. Beli yang sedang diskaun dan perlu saja. Selebihnya nanti kami nak beli-belah di Baby Fair Jusco pada 20 Februari nanti.
Besi yang terlentang elok tu sebenarnya Bath Tub Stand. Kegunaanya untuk meletak tab mandi di paras yang bersesuaian dengan kita supaya tidak terbongkok-bongkok semasa memandikan anak nanti. Boleh rujuk link di bawah ini untuk penjelasan lanjut -> http://www.mybbstore.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3940
Secara amnya, barang-barang keperluan menyusu sudah lengkap. Tinggal lagi barang-barang untuk keperluan asas bayi dan maternity stuffs. Ini semua barang-barang berskala kecil saja dan boleh dibeli di Jusco Baby Fair nanti.
Barang berskala besar yang belum ada, cuma baby cot/playpen dan infant car seat je. Stroller boleh beli kemudian lepas bersalin
Tugasan rumahtangga yang saya lakukan kini ialah
Jadi saya boleh tumpukan tenaga saya pada kerja2 sambil duduk di kerusi saja seperti menyental baju (laundry), melipat/menggosok baju dan membasuh pinggan mangkuk.
Kerja yang mencabar sikit mungkin menyapu lantai dan mengemas rumah sebab terpaksa sambil berdiri, berjalan dan tunduk-tunduk mengutip barang dan mengalih perabot yang lintang pukang. Lepas tu saya akan rasa penat yang amat dan berbaring sahaja.
Saya menyerahkan tugas memasak kepada suami memandangkan dia gemar memasak. Barang2 dapur juga dia yang belikan, saya tidak perlu memandu ke kedai lagi.
Secara am, masuk je tahun baru, ada beberapa perubahan pada diriku:
- kembali cepat lapar seperti di awal kehamilan dulu, setiap 2 jam lapar
-> solution: makan horlicks + oats. Kenyang hingga 4 jam. (nasi tak berkesan, kadang2 belum sampai sejam dah lapar semula)
- dalam keadaan penat, tidak cukup tidur dan susah bergerak, terpaksa pula bangun untuk mengisi perut yang lapar
-> solution: seperti di atas, makan horlicks + oats pada pukul 12am, Insya Allah dapat tidur 4 jam berterusan tanpa gangguan 'dalaman'
- sudah nampak strecthmark di perut, rasa gatal-gatal dan pedih seperti ditoreh-toreh
-> solution: sapu Bio-Oil (atau sejenisnya) setiap kali rasa pedih dan gatal. Mungkin tidak hilang 100% tapi sekurang-kurangnya lega sekejap.
- tak dapat baring terlentang lama, pasti senak dan kemudian sukar bangun
-> tidur mengiring, alas kepala dengan 2-3 biji bantal, dan sebiji bantal di antara kedua-dua kaki. (Masa nak bangun, masih sakit dan senak di perut. Yang ni tak dapat buat apa. Sabar sajalah)
Laporan Antenatal
- beratku 69kg (14kg extra)
- kedua-dua baby dlm keadaaan baik, berat sekitar 1.7kg seorang (wow, saya membawa perut seberat hampir 3.5kg ke sana ke mari. Cubalah ambil peket gula seberat 3.5kg dan letak di perut anda, berat tak?)
- sangat sakit masa ultrasound stick tu digolek-golek di atas perut saya. Sebabnya perut dah tegang dan macam nipis je kalau bergesel walau dengan kain sekalipun.
- kena ambil suntikan ATT - sakit sangat. Selepas beberapa minit, mula rasa kebas pula, disusuli bengkak.
(Artikel berkenaan kepentingan ATT --> http://drzubaidi.com/blog/?p=1390)
- ambil darah. Yang ini biasa lah, sakit juga, tapi acceptable.
- sgt penat ke sana ke mari. suami offer wheelchair tapi saya rasa segan dan perasan diri masih 'gagah' lagi. Tak apalah lain kali boleh cuba. Macam best je kan?
- next appointment lagi 2 minggu
Semasa hamil, jika sudah rasa perlu menukar bra ke saiz yang baru, elok beli bra menyusu terus. Lebih jimat dan anda boleh pakai selama tempoh 2 tahun menyusu anak kelak.
Setakat ini saya memiliki dan menggemari bra menyusu jenama Fabulous Mom dan Autumz. Sangat selesa. Tak rugi pun beli awal-awal.
Gambar dari website Fabulousmom.com
Tips beli bra menyusu semasa hamil (diberi oleh tauke FM JB) :
Pemilihan saiz ukurlilit (bra band size)
Jangan beli bra berukurlilit semasa kerana takut selepas bersalin dan kembali ke ukurlilit sebelum mengandung, kita sudah tak boleh pakai lagi bra tu. Membazir saja. Jadi penyelesaiannya ialah beli 'bra extender' dua ke tiga keping untuk memanjangkan ukurlilit bra tersebut. Lepas kembali ke ukurlilit asal nanti, anda boleh kurangkan pemakaian bra extender itu atau tak perlu pakai terus. Sangat praktikal dan menjimatkan.
Pemilihan saiz cup
Yang ini kena besar sedikit supaya mudah kita nak tolak ke tepi ketika menyusu bayi. Kalau ngam-ngam melekat di badan, tak selesa pula nanti bila nak menyusu sebab susah nak sediakan ruang yang cukup untuk bayi 'latching'. Lagipun cepat rosak pula nanti getah bra tu.
Pemilihan jenis bra
Secara asasnya ada dua jenis, iaitu sleep bra (untuk malam) dan bra harian. Sleep bra bergetah lembut dan sesuai dibawa ke tidur. Bra harian pula ada yang jenis dawai dan tidak berdawai, full cup/half cup, heavy padded atau light padded. Yang ni kena cuba sendiri untuk tahu mana yang sesuai dan selesa dengan badan kita.
Oh ya jangan lupa beli bra pad secukupnya ye, untuk mengelakkan lelehan susu terkena bra dan baju. Boleh ditukar bra pad saja apabila rasa agak basah, tanpa perlu menukar bra atau baju berkali-kali. :)
Pakej pam penyusuan dari OneBabyWorld.com sudah selamat sampai ke rumah. Saya membeli pakej pam Unimom Mezzo pada harga RM215 sahaja, berbanding harga sebenar RM275 (jimat RM60).
Bukan itu saja, saya juga dapat barangan percuma bernilai hampir RM80 seperti di bawah:
Sebagai surirumah, saya fikir pam manual sudah memadai bagi saya. Pada mulanya saya bercadang membeli pam manual Medela Harmony, tapi selepas dibuat kajian, saya dapati pam Unimom Mezzo jauh lebih murah dan mendapai review yang baik di Internet. Saya dapat jimat lagi RM100 dengan memilih pam ini.
Kenapa saya perlukan pam ini sedangkan saya sekadar surirumah dan punya peluang menyusu anak-anak secara terus sepanjang masa?
Sebenarnya ini adalah sebagai persediaan saya akan kemungkinan kembar saya terpaksa diasingkan daripada saya selepas dilahirkan. Hal ini boleh terjadi sekiranya mereka lahir lebih awal dari sepatutnya dan masih sangat lemah untuk menghisap. Jadi saya perlu bersedia dan membekalkan susu badan kepada mereka dengan mengepam dahulu dan diberikan kepada kembar dengan cawan (cup-feeding).
Alat ini juga berguna untuk sentiasa mengosongkan susu bagi mengelakkan bengkak susu. Susu-susu ini boleh lah disimpan di dalam botol/plastik untuk kegunaan masa akan datang seperti waktu kecemasan (jatuh sakit, pengsan atau sebagainya) dan menghadapi kemungkinan produktiviti susu yang berkurangan sebelum cukup tempoh 6 bulan.
Boleh saja mengepam menggunakan tangan, tapi saya fikir menggunakan pam lebih efektif kerana susu yang dipam dijamin terus masuk ke dalam botol. Insya Allah kita lebih tenang melakukan rutin ini nanti.
Jadi jangan fikir kita adalah surirumah, akan menjamin kita mampu menyediakan susu segar pada anak sepanjang masa, selama 2 tahun. Lebih baik bersedia daripada merasa kesal dan ralat di kemudian hari.
- berat saya sudah mencecah 67kg, iaitu pertambahan 12kg dari berat sebelum mengandung (55kg)
- berat kembar sekitar 1kg seorang (ya, saya menanggung berat lebih 2kg di bahagian perut)
- the boy one is bigger than his twin sister
- menurut suami, kedudukan kembar sudah berubah sedikit (tapi masih melintang)
Semasa ultrasound dijalankan kembar menendang dengan galak sampai boleh nampak perut saya berombak-ombak. Saya terpaksa menahan senak apabila terasa mereka menendang ke arah rusuk.
Saya dinasihatkan untuk menjalani Cesarean 2 minggu sebelum EDD (10 April). Jadi kemungkinan besar tarikh pembedahan adalah 28 Mac. Tidak lama tu, hanya tinggal 12 minggu lagi,
Tapi oleh kerana saya dikhuatiri terpaksa bersalin lebih awal dari jangkaan, Dr Mohan (my gynae) mencadangkan supaya suntikan Dexamethasone diberikan untuk mematangkan paru-paru si kembar. Balik nanti kena suntik di punggung sebanyak 2 kali, iaitu selang 12 jam.
Setelah selesai urusan pembayaran bil, kami ke Tingkat 7, ke Pusat Ibu dan Anak untuk mendaftar Kelas Antenatal 14 Januari nanti. Saya lihat petugas-petugas di situ agak kelam kabut. Agaknya ada beberapa kelahiran atau pembedahan yang sedang dijalankan di situ. Suami kata di sini jugalah saya akan dibedah nanti.
Semasa dalam perjalanan balik suami mencadangkan supaya saya menutup kedai eBay buat sementara waktu setelah kandungan masuk 7 bulan nanti. Dia mahu saya berehat, makan dan minum di rumah sahaja. Tidak perlu lagi ke bank, mengambil bekalan barang dan ke pejabat pos untuk mengepos pesanan barang. Saya hanya boleh keluar jika dia ada bersama sahaja.
Memang sejak kebelakangan saya sudah tidak larat berjalan, cepat benar penatnya. Tambahan pula kalau ketika itu kembar sedang 'bermain', memang senak perut dan sakit rusuk saya dibuatnya.
Lagi satu saya juga telah beberapa kali diserang kekejangan otot semasa memandu. Nasib baik ketika itu lampu trafik sedang merah. Sangat bahaya ok!
Lain-lain hal ialah mengenai perancangan akikah untuk kembar. Suami cadangkan buat akikah melalui eQurban sahaja. Bagus juga, bolehlah menjamu orang-orang miskin di Kemboja.
Oklah dah panjang sangat pula. Kembar sedang aktif menendang. Saya nak baring sekejap.
Tahun ini pastinya saya melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Dalam tempoh kurang 3 bulan lagi Insya Allah saya bakal bergelar seorang ibu. Perasaan sebenar belum dapat dikenalpasti. Bercampur-campurlah.
Apa pun saya bersyukur kerana diberi peluang merasai pengalaman mengandung. Setelah setahun lebih menanti barulah Tuhan izinkan saya mengandung. Mengandung kembar pula tu!
Seperti yang selalu dikatakan orang, setiap anak itu ada rezekinya masing-masing. Jadi harapan saya Allah memberikan rezeki yang berganda kepada saya dan suami.
Selain daripada menantikan kelahiran cahayamata, kami juga menantikan kelahiran buku pertama suami. Walaupun ada sedikit masalah dalam usaha kami ini, di mana kami kemungkinan akan disaman oleh pihak tertentu, namun harapan kami agar ia dapat diselesaikan dengan baik dan adil.
Semoga ia tidak membantutkan usaha kami untuk menghasilkan buku/novel yang berkualiti kelak.