Lilypie Pregnancy tickers

Friday, January 6, 2012

Pembelian Peringkat ke-3

Pakej pam penyusuan dari OneBabyWorld.com sudah selamat sampai ke rumah. Saya membeli pakej pam Unimom Mezzo pada harga RM215 sahaja, berbanding harga sebenar RM275 (jimat RM60).


Bukan itu saja, saya juga dapat barangan percuma bernilai hampir RM80 seperti di bawah:


Sebagai surirumah, saya fikir pam manual sudah memadai bagi saya. Pada mulanya saya bercadang membeli pam manual Medela Harmony, tapi selepas dibuat kajian, saya dapati pam Unimom Mezzo jauh lebih murah dan mendapai review yang baik di Internet. Saya dapat jimat lagi RM100 dengan memilih pam ini.

Kenapa saya perlukan pam ini sedangkan saya sekadar surirumah dan punya peluang menyusu anak-anak secara terus sepanjang masa?

Sebenarnya ini adalah sebagai persediaan saya akan kemungkinan kembar saya terpaksa diasingkan daripada saya selepas dilahirkan. Hal ini boleh terjadi sekiranya mereka lahir lebih awal dari sepatutnya dan masih sangat lemah untuk menghisap. Jadi saya perlu bersedia dan membekalkan susu badan kepada mereka dengan mengepam dahulu dan diberikan kepada kembar dengan cawan (cup-feeding).

Alat ini juga berguna untuk sentiasa mengosongkan susu bagi mengelakkan bengkak susu. Susu-susu ini boleh lah disimpan di dalam botol/plastik untuk kegunaan masa akan datang seperti waktu kecemasan (jatuh sakit, pengsan atau sebagainya) dan menghadapi kemungkinan produktiviti susu yang berkurangan sebelum cukup tempoh 6 bulan.

Boleh saja mengepam menggunakan tangan, tapi saya fikir menggunakan pam lebih efektif kerana susu yang dipam dijamin terus masuk ke dalam botol. Insya Allah kita lebih tenang melakukan rutin ini nanti.

Jadi jangan fikir kita adalah surirumah, akan menjamin kita mampu menyediakan susu segar pada anak sepanjang masa, selama 2 tahun. Lebih baik bersedia daripada merasa kesal dan ralat di kemudian hari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment