Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, December 28, 2011

Membeli-belah Peringkat Kedua

Beberapa hari lepas saya dan suami ke kedai FabulousMom yang terletak tidak jauh dari Sutera Mall. Kami dapat berjimat hingga 30% untuk setiap barang ynag dibeli.

Inilah hasil pembelian buat masa ini:


Tab mandi ini sepatutnya dibeli bersama bath stand, tapi ketika itu hanya ada satu stok untuk pameran saja. Tauke kedai berjanji akan menghubungi kami sebaik saja masuk stok yang baru.


Travel mattress ini untuk kegunaan semasa berpantang di rumah mertua nanti. Insya Allah kami akan membeli katil bayi untuk diletakkan di dalam rumah kami kemudian.


Kelambu nyamuk bersaiz L ini agak besar rupanya selepas dipasang. Nampak tidak cantik dan memakan ruang pula tu. Ah tak apalah nanti saya akan alas dengan kain selimut fleece di bawah tilam ini untuk menutup 'ruang-ruang yang terlopong' itu. :)




Set kombo steamer dan steriliser jenama Jingle Jungle itu pula kami dapat pada harga yang sangat murah, iaitu hanya RM139.90 berbanding RM209.80 jika dibeli berasingan. Memang jimat memandangkan kedua-dua alat ini sangat penting untuk penyediaan susu dan makanan anak-anak kelak.

Set ini mempunyai waranti selama satu tahun, bermula dari hari kita hantar kad waranti kepada pihak pengeluar. Jadi jangan lupa poskan kad waranti tersebut selepas bersalin untuk mengaktifkan jaminan tersebut.

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan pembelian setakat ini, melainkan kelambu gergasi tersebut. Ia memang berguna sebenarnya cuma masalah saiz saja yang mengganggu pemandangan mata saya ini.

Servis di FM juga sangat baik. Suasana kedai juga sangat selesa dan punya beberapa buah sofa untuk pelanggan (terutamanya perempuan sarat hamil macam saya) duduk. Cuma yang tidak berapa seronok ialah kedai ini terletak di tingkat 1, tangganya pula sangatlah banyak. Memang semput dibuatnya. Nasib baik depan pintu sudah tersedia sofa yang selesa. Bolehlah melepas penat dahulu sebelum bangun dan merayau membeli barang. :)

Monday, December 19, 2011

Calostropis Problem! (Dan Penurunan Berat Badan)

Jumaat lepas tiba-tiba blog ada masalah - hanya keluar papan tanda sahaja, isi kandungan lain tidak keluar. Sangat pelik dan saya segera email Serverfreak untuk penjelasan.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Allen dari Serverfreak membalas email saya. Menurutnya terdapat masalah dengan Calostropis (my blog layout theme). Jadi beliau menyarankan saya menukar kepada layout design yang lain untuk memastikan kandungan blog keluar seperti yang sepatutnya.

Pada mulanya saya 'berdegil' dan cuba 'update' theme ini ke versi terbaru. Namun malapetaka berlaku, blog jadi langsung tidak dapat diakses. Jadi saya 'balik' kepada Serverfreak dan minta mereka lakukan sesuatu dan dapatkan semula blog saya. :(

Sudah sah lah theme berkenaan sedang 'crash'. Oh inilah risikonya kalau pakai theme layout percuma. Bila-bila masa boleh bermasalah!

Setelah Serverfreak berjaya 'mengembalikan' isi perut blog itu (terima kasih Serverfreak!), saya pun tanpa berlengah mengintai-ngintai dan memilih layout baru yang sesuai dengan tema blog.

Akhirnya saya memilih 'Magazine Basic'. Tidak secantik Calostropis tapi oklah untuk sementara waktu ini (sebelum jumpa dan melabur ke dalam layout yang lebih baik).


Oh banyak kerja kena buat semula ok!
- kena bina semua isi kandungan sidebar (insert links)
- kena resize and re-adjust site width, sidebar, banner dll
- kena susun semula supaya nampak lebih teratur dan kemas.
- kena masukkan semula kod-kod iklan innity ke dalam coding layout yang baru ini

Berat badan saya sampai turun ke 62.4kg (timbang pada hari Sabtu petang) sbb terlupa makan dan tidak cukup tidur (due to standing by serverfreak's response dan menjalankan pembaikian blog).


That was 1.6kg loss within 2 days!

Selain itu faktor lain penurunan berat badan saya mungkin kerana pada Sabtu tengahari itu saya banyak berjalan (mengambil angin untuk mengurangkan tekanan). Dan tahu-tahu sajalah hari Sabtu orang sangat ramai di Jusco hingga troli pun tidak cukup. Saya pakai bakul sahaja ke hulu ke hilir. Lepas bayar harga barang saya terkedek-kedek bimbit beg-beg plastik sampai ke tempat letak kereta.

Oho penatnya macam baru lepas buat kerja buruh binaan saja. Malamnya saya 'pengsan' terus.

Sekarang saya sedang cuba makan dgn banyak untuk mendapatkan semula berat 64kg. Sangat tidak baik kehilangan berat semasa mengandung ok.. Hari ini berjaya naik ke 63kg semula.

One more kg to work on :)

Solat Ibu Mengandung

Semalam adalah titik tolak untuk saya berkira-kira dan mencari cara yang terbaik bagi membolehkan saya solat dengan tenang dan mudah. Kerana saya sudah tidak tahan lagi menahan senak dan sakit ketika hendak sujud dan ketika bangkit dari sujud. Rasanya seperti hendak terputus oksigen!

Disebabkan kurang ilmu, saya ingatkan tidak ada cara untuk menggantikan sujud. Kerana sebelum ini ketika saya sakit atau TERLALU penat, saya pernah solat duduk, tapi sujud masih seperti biasa (dahi cecah sejadah).

Tapi selepas mencari-cari di internet, baru saya tahu rupa-rupanya kita boleh gantikan sujud dengan tunduk sahaja (tapi kena lebih rendah daripada untuk tunduk rukuk). Ini lah blog yang saya rujuk --> http://www.lindarosman.com/solat-duduk-bagi-ibu-hamil/



Alhamdulillah terasa sangat lega dan memudahkan.. Insya allah saya akan cuba rajin-rajin untuk solat sunat pula.. Doakanlah..

Tuesday, December 13, 2011

Antenatal Visit: Minggu ke-24

Sedikit perkembangan mengenai anak kembar saya:

-kedua-duanya di dalam kedudukan melintang (sah saya beranak secara cesaerian nanti)
-second twin maybe girl
-air ketuban cukup
-both are growing good, baby A weights at 600g, baby B at 650g (so total i'm carrying about 1.3kg extra at my tummy now)

Kami minta kebenaran untuk mengambil video semasa ultrasound dibuat. Kami bawa kamera tapi gynae kami kata dia boleh berikan video secara terus dari mesin ultrasound.

Seronok melihat kedua-duanya bergerak aktif di dalam rahim saya. Tapi tentulah bayi lelaki lebih aktif berbanding saudara perempuannya. Yang ini lah barangkali yang selalu buat rusuk kanan saya senak tu. :)

Maaf tak dapat saya siarkan video tersebut atas masalah teknikal. Saya dah cuba lebih dari 3 kali untuk upload ke sini tetapi tak berjaya. Mungkin antenal check yang berikutnya kami akan ambil rakaman menggunakan kamera kami sahaja. Harap-harap dapatlah dimuatnaik ke sini nanti. :)

Saturday, December 10, 2011

Bertuah dan Tidak Bertuahnya Abah Kamu

(Sedikit) Tidak bertuah kerana:

- ibu masih tidak mencapai standard chef idaman untuk abah kamu walaupun sudah hampir 2 tahun berkahwin  (^-^)
- abah kamu terpaksa memasak untuk ibu bagi memastikan ibu cukup makan karbohidrat dan protein
- ibu sangat sensitif dan mudah benar membocorkan takungan airmata apabila tersinggung dengan abah kamu
- terpaksa bekerja kuat untuk menyediakan keperluan kita bertiga. Ibu kan sekadar suri rumah namun ibu akan cuba membantu abah kamu setakat yang ibu mampu.

(Sangat) Bertuah kerana:

- ibu tidak mengidam makanan bukan2 yang memaksanya mencari di tengah2 malam buta atau memanggilnya balik ketika sedang bekerja untuk membeli atau memasak makanan untuk ibu.

- ibu tidak mengalami alahan teruk seperti muntah2 atau hingga perlu dimasukkan ke hospital. Cuma ada 2 kali ibu muntah di awal kehamilan, itu pun ketika ibu sendirian di rumah dan abah berada di tempat kerja. Selainnya ibu kerap hypoglisemia dan pening2, tapi ia masih dalam kawalan ibu.

- ibu tidak menyuruhnya membuat kerja2 berat selepas pulang dari kerja melainkan abah dengan sukarelanya memasak untuk ibu. Ibu masih membuat kerja2 lain seperti menyental tandas, mengemop dan menggosok baju seperti biasa.

- agak jarang ibu meminta abah mengurut badan ibu yang sakit di sana sini. Setakat ini ibu masih mampu melayan kesakitan ibu dengan kudrat yang ada

- ibu tidak mendesak atau beri 'kata dua' pada abah agar bawa ibu pulang ke kampung di Kelantan sebelum ibu bersalinkan kamu berdua di Johor. Walaupun ini bermakna ibu berkemungkinan takkan menjejakkan kaki ke kampung ibu lagi hingga kamu berdua selamat dilahirkan dan sehingga berusia cukup setahun. (Kali terakhir ibu pulang ke kampung ialah ketika usia kandungan berusia 2 bulan, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri 2011)

Tujuan abah adalah untuk menjaga kesihatan kita bertiga dan mengelakkan komplikasi akibat perjalanan jauh. Ibu terima rasional itu.

Apa pun ibu sayang abah kamu..

Sudah 6 Bulan

Hari ini genap 6 bulan saya membawa perut, banyak perubahan yang dirasakan terutamanya dari segi kudrat yang berkurang dan berat badan yang naik tanpa dapat disangkal2 lagi. Berikut adalah perkembangan diri saya selaku ibu mengandung:

- berat badan sudah naik hampir 9kg. Perut juga semakin besar dan kalau berdiri tegak, saya tidak nampak hujung jari kaki saya  (^-^)
  * artikel berkenaan pertambahan berat badan ketika hamil --> http://drzubaidi.com/blog/?p=2095

- agak sakit di punggung terutamanya ketika hendak bangun dari duduk dan perbaringan

- juga sangat ngilu di bahagian ari2 ketika beralih tempat atau posisi tidur

- saya fikir banyak kali untuk mengutip barang di lantai. Sebab amat senak untuk berbuat demikian

- badan ini terasa sangat berat dan susah untuk bangun. Selalunya minta suami tarik bangun, itupun kadang2 suami pun sampai tak stabil berdiri masa tarik bini bangun  (^-^)

- lapar setiap 2 jam. Jadi saya pastikan stok dark chocolate, biskut wholemeal dan kellogs mencukupi untuk dikunyah semasa lapar (walaupun baru saja makan nasi)

- kencing tiap 2 jam juga. Oh agak penat ke tandas ok! Saya minum air kosong dengan banyak supaya tidak sembelit. Namun rasanya penat ke tandas untuk kencing tu tidaklah seteruk mana berbanding kena sembelit kan? Minta dijauhkan lah..

- waktu hendak solat juga agak mencabar ibu ini. Saya tidak ada masalah solat berdiri dan rukuk. Cuma ketika hendak sujud dan bangun dari sujud tu, terasa macam segala beban terletak di perut saya. Sangat senak tak terucap. Kadang2 rasa hendak terkencing (tak lucu ok!).

Apapun ibu harap anak2 ibu ini jadi anak yang baik berkat ibu menahan sakit ketika hendak bersujud kepada Tuhan..

Tentang anak2 kembar saya pula:

- sangat aktif antara 1 hingga 3 pagi. Macam main bola sepak dlm perut pun ada. Saya pun ikut tak tidur kerana seronok melihat perut saya bergelombang sana-sini  (^-^)

- waktu petang selalunya kembar tidur, hanya bergerak sedikit2 mungkin untuk ubah posisi tidur

- waktu pasang Babyplus, (iaitu 7.30pagi dan 7.30 malam), mereka akan 'tendang' Babyplus sampai bergoyang2 alat itu :)

Pernah satu malam saya cuba bercakap dengan kembar. Saya tanyakan "baby sudah tidur kah?"
Tiba2 ada gerakan kecil di sebelah kiri. Sangat seronok masa itu :)

Saya tanya lagi, "baby lapar kah?" Kali ini belah kanan pula 'menjawab'.

Sangat tak tergambar perasaan saya. Mungkin ia hanya kebetulan tapi saya gembira anak2 aktif dan memberi 'respond' kepada saya.

Terima kasih kerana temankan ibu kamu ini.. Lagi 3 bulan untuk ibu peluk cium kamu berdua..

Thursday, December 8, 2011

Rekod Tertinggi Blog

Sejak minggu lepas, aktiviti memilih artikel terbaik dan mempromosikan link artikel di Facebook penulis telah menjadi rutinku. Saya memilih waktu pagi sekitar 8-9 pagi untuk 'menembak sasaran' pengunjung kerana pada pandangan saya ia adalah waktu terbaik kerana sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia yang bekerja untuk membuka Facebook di awal2 pagi. Jadi peluang untuk link ini dilihat adalah lebih besar dan rancak.

Jadi seperti kebiasaannya, pada pagi 6 December lalu, saya telah mempromosikan sebuah artikel di Facebook penulis.



Nampak macam respon sedikit sahaja kan? Tapi cuba lihat statistik blog pada hari tersebut:



Secara purata blog ini berkemampuan menarik sekurang-kurangnya 1,000 pageviews sehari. Tapi pada 6 Desember lalu, blog ini berjaya mendapat 4,977 pageviews, jumlah yang paling tinggi setakat ini. (*-*)

Bila difikirkan semula, saya rasa ini mungkin disebabkan:

  1. Waktu promosi yang tepat (seperti mana yang saya ceritakan di awal tadi)
  2. Artikel yang mempunyai tajuk 'catchy' (dalam kes ini, perkataan suisnya adalah 'badi')
  3. Artikel ini sendiri sangat berkualiti dan mudah difahami serta dekat dengan pembaca
  4. Berdasarkan faktor (2) dan (3), pembaca kemudian dengan tidak teragak2 'like' atau 'share' artikel ini di Facebook atau mengambil link ini untuk diletakkan di blog masing2. Sekaligus menarik trafik baru iaitu rakan2 atau pengikut blog mereka. 
  5. Seterusnya trafik baru ini juga akan 'share' dan menarik trafik lain lagi. Dan begitulah seterusnya hingga berganda2 jadinya. 


Penangan artikel ini berterusan pada keesokan harinya. Malah lebih banyak, iaitu 7,112 pageviews. Pecah lagi rekod. (*-*)



Apakah kesan dari peningkatan trafik yang mendadak ini? Well, ada dua kesan:
  • kesan pada keupayaan blog menampung trafik yang begitu ramai
  • kesan pada pendapatan blog melalui iklan2 yang dipaparkan




Jadi terpaksalah kami menaiktaraf keupayaan blog ini, dari kuasa ayam ke kuasa kuda. Ongkos pun bertambah. Padahal blog ini percuma sahaja untuk pengunjung. (*--*)

Mujur ada pasang Innity. Berikut adalah pendapatan pada 2 hari tersebut:



Oh kalau sepanjang bulan pendapatan dapat macam ini, cukup bulan balik modal 'maintenance'. Kalau ada ekstra pun bagus, boleh lah masuk ke dalam poket pengurus. Waah, gitu..

By the way, inilah artikel yang bikin 'panas' itu --> http://drzubaidi.com/blog/?p=760

Silakan jika anda ingin berkongsi artikel di atas dengan rakan-rakan anda. (*-^)

Sekian laporan hari ini.

Monday, December 5, 2011

Berpinar Mata Makcik

Ini berpinar bukan sebab rambang mata pilih barang kemas atau set periuk belanga yang berkilau2. Tapi berpinar buat papan tanda untuk blog.

Lepas berjam-jam ubah, censor, sunting, potong, tambah, tolak kiri kanan, ni lah hasil makcik yang tak seberapa.


Boleh lah kan.. Makcik bukan artistik sangat.. Sempoi2 gini aje la gamoknyer.. Harap tuan punya blog pun pueh ati ye dok.

Sunday, December 4, 2011

Lampin Kain untuk Anak-anak

Inilah hasil borongan lampin kain cap Lunatots di Mid Valley hari tu. Diskaun hingga 30%, sangat banyak penjimatan saya. :)

24 keping semuanya, dari jenis poket dan juga AIO. Ada yang berbutang, ada yang velcro (berpelekat).


Di bawah ini perancangan saya untuk anak2 kembar saya nanti:


Jadual Penggunaan CD untuk kembar baru lahir (2 bulan pertama)

MASA
TEMPOH (JAM)
JENIS CD
  8 – 10 pagi
2
V2
10 – 12 tghari
2
V2
12 – 2 ptg
2
V2
  2 – 4 ptg
2
V2
  4 – 6 ptg
2
V2
  6 – 8 mlm
2
V2
  8 – 10 mlm
2
V2
10 – 3 pagi
5
AIO
  3 – 8 pagi
5
AIO
Jumlah sehari
24 jam
9 x 2 bayi = 18 CD

Saya meminta pandangan dari Puan Hazarina mengenai jadual ini dan ini jawapan beliau:


Hmm satu hal yang merunsingkan saya sedikit ialah kemungkinan bayi2 saya ini berat kurang 3kg seorang. Jadi risau takut CD terlalu besar utk anak2 ini hingga susah pula saya nak pangku mereka untuk menyusu.

Pilihan yang saya ada ialah membeli lampin pakai buang yang khas untuk newborn below 3kg atau Grovia Newborn AIO.
Lampin ini boleh dipakai untuk bayi 2.7kg-5kg (kira2 hingga bayi berusia 3 bulan). Tapi berapa keping agaknya yang diperlukan untuk anak2 saya. Mari kita cuba buat pertimbangan berikut:

Kalau dispo, katakan dalam 1 bulan pertama*,  sehari perlukan 12 keping:
12 kpg * RM0.50 = RM6 sehari
30 hari * RM6 = RM180 sebulan
Untuk kembar: 180 * 2 orang = RM360

RM360/RM50 = 7 keping Grovia 

Masalahnya mana sempat nak rotate kalau hanya dengan 7 keping sahaja? Nampaknya kena topup dengan NB dispos juga. Jadi situasi ini agak mahal dan menyusahkan pula sebab tak sempat basuh/kering.



#UPDATE ON 13/12/2011

Saya fikir pilihan terbaik bagi saya ialah dengan RM360 ini boleh beli lagi 3 keping CD AI2 Lunatots + 3 extra bamboo insert + 1 pek NB dispos (untuk 3 hari pertama).


Maybe AI2 ini lebih 'tebal' pada kembar saya berbanding Grovia, tapi kalau saya dapat bersabar dengan 'ketebalan'nya selama 1 bulan, AI2 ini boleh terus dipakai sehingga kembar berusia 3 tahun. Jauh lebih jimat berbanding Grovia yang hanya boleh dipakai selama kira-kira 3 bulan sahaja.

Lagi satu saya dapati kelebihannya ialah kalau bahagian luarnya (shell) tidak kotor, kita hanya perlu tukarkan insert sahaja. Jadi jimat masa dari segi kerja pembasuhan/pengeringan. Sebab itu saya merancang beli 3 keping AI2 dan 3 keping insert ekstra sahaja, supaya ada lebih insert apabila perlu ditukar nanti. Boleh rujuk di s i n i untuk panduan lanjut.

Oh ya, diaper liner juga amat berguna untuk memaksimakan penggunaan CD. Setiap kali baby poo-poo, hanya buang dan salin liner sahaja, manakala CD masih boleh dipakai sehingga 3 jam. Panduan lanjut di s i n i ye.

Jadi dengan ketetapan untuk bersabar dengan ketebalan CD ini selama sebulan, saya akan selang-selikan CD AI2, AIO dan V2 untuk lebih nilai pada perbelanjaan saya. 

*harapan saya berat kembar akan melebihi 3kg pada usia 1 bulan

Bagitulah adanya selesai sudah hal lampin anak-anak. Sekian.

Saturday, December 3, 2011

Perancangan Sebelum Bersalin

Akan dikemaskini dari masa ke semasa.



NOVEMBER’11
DECEMBER’11
JANUARY’12
FEBRUARY’12
MARCH’12
MUST BUY
[Maternity Fair]

Diapering System
-          Cloth Diapers
-          Nappy liner
-          Laundry bag
-          Detergent
[Fabulous Mom]
Nursing Items
-          Nursing Bras
-          Nursing Dress
-          Nursing Pillow

[oneBabyWorld]
-          Breast pump package


Moby wrap @ ring sling
[Jusco Baby Fair]
Baby clothes
Baby Essentials
Bath Tub
Car seat
Bedding
Petpet (NB)



Post-natal
-          Design Veronique
MUST DO
Research about : 
-          cloth diapers
-          breastfeeding
-          ring slings
Get a hair-cut

Attend antennal class

Pre-wash CD (3x)
Prepare tickets & house to family from KB
Research about confinement


Revision


Friday, December 2, 2011

Lagi 4 bulan..

Dah masuk Desember.. sekejap ajo dah 23 minggu aku membawa perut berisi kembar ini.. Sekarang berat dah 62kg, bertambah sebanyak 7kg sejak mula mengandung (berat sebelum hamil 55kg je, memang kurus dan senang ditiup angin). Sekarang ni nak bangun dari duduk pun kena pakai kudrat. Dulu tak terasa pun, nak bangun tk payah nak fikir pun, tahu2 dah bangun..

Kena sangat hati2 dan beringat, terutamanya:

- kena minum air banyak, at least segelas tiap sejam. Sangatlah PENTING untuk ELAK SEMBELIT! Kalau sembelit masa tk mengandung pun dh rasa mcm nak putus nyawa, apa lah lagi semasa mengandung ni. Minum air kosong ok, air berperasa tu tak dikira. tu setakat nak kasi sedap mulut je kadang2.
  * Artikel berkenaan bahaya dehidrasi ketika hamil --> http://drzubaidi.com/blog/?p=2022

- makan buah at least sebiji sehari.. supaya kulit anak2 halus.. dan untuk kulit si ibu juga.. supaya anjal dan mudah meregang ikut 'perkembangan' badan

- kena sapu minyak anti-strecthmark di perut dan bahagian2 lain yg dijangka akan meregang juga (hohoho). setakat ni dah cuba cocoa palmer butter oil dan Skinlabs.  So far ok, takde gatal2 or strecthmark..

- semasa nak bangun dari duduk atau baring, gunakan kekuatan tangan, then baru angkat punggung. Ini untuk mengelakkan tekanan di bahagian perut. Senak woh. Takleh main bingkas je macam masa 'sorang2' dulu.

- makan kerap tapi sedikit-sedikit (bukan kaddang-kaddang atau jaghang-jaghang). Sian anak2 dalam perut ini space kena kongsi dengan segala bagai. Aku bernasib baik sebab takde mengidam atau teringin melantak aje. So makan ringan2 saja tapi kerap, selang sejam kunyah biskut pun ok.

- selalulah doakan agar anak2 ini sentiasa dalam keadaan sihat, sempurna sifat dan soleh/solehah.

Setakat ni, ini yang paling aku pentingkan.. moga anak2 mommy sihat2 aje hendaknya..


Tak sabar nak jumpa dan peluk cium kamu berdua :)