Dah masuk Desember.. sekejap ajo dah 23 minggu aku membawa perut berisi kembar ini.. Sekarang berat dah 62kg, bertambah sebanyak 7kg sejak mula mengandung (berat sebelum hamil 55kg je, memang kurus dan senang ditiup angin). Sekarang ni nak bangun dari duduk pun kena pakai kudrat. Dulu tak terasa pun, nak bangun tk payah nak fikir pun, tahu2 dah bangun..
Kena sangat hati2 dan beringat, terutamanya:
- kena minum air banyak, at least segelas tiap sejam. Sangatlah PENTING untuk ELAK SEMBELIT! Kalau sembelit masa tk mengandung pun dh rasa mcm nak putus nyawa, apa lah lagi semasa mengandung ni. Minum air kosong ok, air berperasa tu tak dikira. tu setakat nak kasi sedap mulut je kadang2.
* Artikel berkenaan bahaya dehidrasi ketika hamil --> http://drzubaidi.com/blog/?p=2022
- makan buah at least sebiji sehari.. supaya kulit anak2 halus.. dan untuk kulit si ibu juga.. supaya anjal dan mudah meregang ikut 'perkembangan' badan
- kena sapu minyak anti-strecthmark di perut dan bahagian2 lain yg dijangka akan meregang juga (hohoho). setakat ni dah cuba cocoa palmer butter oil dan Skinlabs. So far ok, takde gatal2 or strecthmark..
- semasa nak bangun dari duduk atau baring, gunakan kekuatan tangan, then baru angkat punggung. Ini untuk mengelakkan tekanan di bahagian perut. Senak woh. Takleh main bingkas je macam masa 'sorang2' dulu.
- makan kerap tapi sedikit-sedikit (bukan kaddang-kaddang atau jaghang-jaghang). Sian anak2 dalam perut ini space kena kongsi dengan segala bagai. Aku bernasib baik sebab takde mengidam atau teringin melantak aje. So makan ringan2 saja tapi kerap, selang sejam kunyah biskut pun ok.
- selalulah doakan agar anak2 ini sentiasa dalam keadaan sihat, sempurna sifat dan soleh/solehah.
Setakat ni, ini yang paling aku pentingkan.. moga anak2 mommy sihat2 aje hendaknya..
Tak sabar nak jumpa dan peluk cium kamu berdua :)

No comments:
Post a Comment