Semalam adalah titik tolak untuk saya berkira-kira dan mencari cara yang terbaik bagi membolehkan saya solat dengan tenang dan mudah. Kerana saya sudah tidak tahan lagi menahan senak dan sakit ketika hendak sujud dan ketika bangkit dari sujud. Rasanya seperti hendak terputus oksigen!
Disebabkan kurang ilmu, saya ingatkan tidak ada cara untuk menggantikan sujud. Kerana sebelum ini ketika saya sakit atau TERLALU penat, saya pernah solat duduk, tapi sujud masih seperti biasa (dahi cecah sejadah).
Tapi selepas mencari-cari di internet, baru saya tahu rupa-rupanya kita boleh gantikan sujud dengan tunduk sahaja (tapi kena lebih rendah daripada untuk tunduk rukuk). Ini lah blog yang saya rujuk --> http://www.lindarosman.com/solat-duduk-bagi-ibu-hamil/
Alhamdulillah terasa sangat lega dan memudahkan.. Insya allah saya akan cuba rajin-rajin untuk solat sunat pula.. Doakanlah..

No comments:
Post a Comment