Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, December 10, 2011

Bertuah dan Tidak Bertuahnya Abah Kamu

(Sedikit) Tidak bertuah kerana:

- ibu masih tidak mencapai standard chef idaman untuk abah kamu walaupun sudah hampir 2 tahun berkahwin  (^-^)
- abah kamu terpaksa memasak untuk ibu bagi memastikan ibu cukup makan karbohidrat dan protein
- ibu sangat sensitif dan mudah benar membocorkan takungan airmata apabila tersinggung dengan abah kamu
- terpaksa bekerja kuat untuk menyediakan keperluan kita bertiga. Ibu kan sekadar suri rumah namun ibu akan cuba membantu abah kamu setakat yang ibu mampu.

(Sangat) Bertuah kerana:

- ibu tidak mengidam makanan bukan2 yang memaksanya mencari di tengah2 malam buta atau memanggilnya balik ketika sedang bekerja untuk membeli atau memasak makanan untuk ibu.

- ibu tidak mengalami alahan teruk seperti muntah2 atau hingga perlu dimasukkan ke hospital. Cuma ada 2 kali ibu muntah di awal kehamilan, itu pun ketika ibu sendirian di rumah dan abah berada di tempat kerja. Selainnya ibu kerap hypoglisemia dan pening2, tapi ia masih dalam kawalan ibu.

- ibu tidak menyuruhnya membuat kerja2 berat selepas pulang dari kerja melainkan abah dengan sukarelanya memasak untuk ibu. Ibu masih membuat kerja2 lain seperti menyental tandas, mengemop dan menggosok baju seperti biasa.

- agak jarang ibu meminta abah mengurut badan ibu yang sakit di sana sini. Setakat ini ibu masih mampu melayan kesakitan ibu dengan kudrat yang ada

- ibu tidak mendesak atau beri 'kata dua' pada abah agar bawa ibu pulang ke kampung di Kelantan sebelum ibu bersalinkan kamu berdua di Johor. Walaupun ini bermakna ibu berkemungkinan takkan menjejakkan kaki ke kampung ibu lagi hingga kamu berdua selamat dilahirkan dan sehingga berusia cukup setahun. (Kali terakhir ibu pulang ke kampung ialah ketika usia kandungan berusia 2 bulan, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri 2011)

Tujuan abah adalah untuk menjaga kesihatan kita bertiga dan mengelakkan komplikasi akibat perjalanan jauh. Ibu terima rasional itu.

Apa pun ibu sayang abah kamu..

No comments:

Post a Comment