Jadi seperti kebiasaannya, pada pagi 6 December lalu, saya telah mempromosikan sebuah artikel di Facebook penulis.
Nampak macam respon sedikit sahaja kan? Tapi cuba lihat statistik blog pada hari tersebut:
Secara purata blog ini berkemampuan menarik sekurang-kurangnya 1,000 pageviews sehari. Tapi pada 6 Desember lalu, blog ini berjaya mendapat 4,977 pageviews, jumlah yang paling tinggi setakat ini. (*-*)
Bila difikirkan semula, saya rasa ini mungkin disebabkan:
- Waktu promosi yang tepat (seperti mana yang saya ceritakan di awal tadi)
- Artikel yang mempunyai tajuk 'catchy' (dalam kes ini, perkataan suisnya adalah 'badi')
- Artikel ini sendiri sangat berkualiti dan mudah difahami serta dekat dengan pembaca
- Berdasarkan faktor (2) dan (3), pembaca kemudian dengan tidak teragak2 'like' atau 'share' artikel ini di Facebook atau mengambil link ini untuk diletakkan di blog masing2. Sekaligus menarik trafik baru iaitu rakan2 atau pengikut blog mereka.
- Seterusnya trafik baru ini juga akan 'share' dan menarik trafik lain lagi. Dan begitulah seterusnya hingga berganda2 jadinya.
Penangan artikel ini berterusan pada keesokan harinya. Malah lebih banyak, iaitu 7,112 pageviews. Pecah lagi rekod. (*-*)
Apakah kesan dari peningkatan trafik yang mendadak ini? Well, ada dua kesan:
- kesan pada keupayaan blog menampung trafik yang begitu ramai
- kesan pada pendapatan blog melalui iklan2 yang dipaparkan
Jadi terpaksalah kami menaiktaraf keupayaan blog ini, dari kuasa ayam ke kuasa kuda. Ongkos pun bertambah. Padahal blog ini percuma sahaja untuk pengunjung. (*--*)
Mujur ada pasang Innity. Berikut adalah pendapatan pada 2 hari tersebut:
Oh kalau sepanjang bulan pendapatan dapat macam ini, cukup bulan balik modal 'maintenance'. Kalau ada ekstra pun bagus, boleh lah masuk ke dalam poket pengurus. Waah, gitu..
By the way, inilah artikel yang bikin 'panas' itu --> http://drzubaidi.com/blog/?p=760
Silakan jika anda ingin berkongsi artikel di atas dengan rakan-rakan anda. (*-^)
Sekian laporan hari ini.




No comments:
Post a Comment